Aku melihat Nabi SAW pada suatu hari dan baginda sedang membentangkan tangannya

TEKS BAHASA ARAB

ما أكل العبد طعاما أحب إلى الله من كد يده، ومن بات كالا من عمله بات مغفورا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Nabi SAW pada suatu hari dan baginda sedang membentangkan tangannya, baginda bersabda: "Tidak ada hamba makan makanan yang Allah lebih sukai melainkan seorang hamba makan dari hasil usaha tangannya. Sesiapa yang bermalam dalam kepenatan kerana kerjanya maka dia bermalam dalam keadaan diampunkan."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis nombor 3096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن المقدام بن معديكرب – رضي الله عنه -، قال: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم وهو باسط يديه، وهو يقول: ((ما أكل العبد طعاما أحب إلى الله من كد يده، ومن بات كالا من عمله بات مغفورا له)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1794)]

(Munkar) Daripada al-Miqdam bin Ma’dikarib RA dia berkata: Aku melihat Nabi SAW pada suatu hari dan baginda sedang membentangkan tangannya, baginda bersabda: "Tidak ada hamba makan makanan yang Allah lebih sukai melainkan seorang hamba makan dari hasil usaha tangannya. Sesiapa yang bermalam dalam kepenatan kerana kerjanya maka dia bermalam dalam keadaan diampunkan." [ٌRiwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1794]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs