Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku melihat Nabi SAW merenggangkan dua paha al-Husain dan mencium anggur kering kecilnya

Teks Bahasa Arab

حَدِيثِ: جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عليه وآله وسلم، وهو يفجج بَيْنَ فَخِذَيِ الْحُسَيْنِ، وَيُقَبِّلُ زَبِيبَتَهُ وَيَقُولُ: لَعَنَ اللَّهُ قَاتِلَكَ. قَالَ: فَقُلْتُ: مَنْ قَاتِلُهُ؟ قَالَ: رَجُلٌ مِنْ أُمَّتِي يَبْغَضُ عِتْرَتِي وَلا تناله شفاعتي _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jabir RA berkata: Aku melihat Nabi SAW merenggangkan dua paha Al-Husain, dan mencium anggur kering kecilnya dan bersabda: Semoga Allah melaknat orang membunuhmu. Jabir berkata: Siapakah pembunuhnya? Baginda berkata: Seorang lelaki daripada kalangan umatku yang membenci keturunanku dan tidak mendapat syafaatku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 388, hadis no. 107. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب. وقال: موضوع إسنادا ومتنا.

Diriwayatkan oleh al-Khatib. Dia berkata: Ia palsu dari sudut sanad dan matan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.