TEKS BAHASA ARAB
رأيت النبي صلى الله عليه وسلم التزم عليا، ويقول: ((بأبي الوحيد الشهيد، بأبي الوحيد الشهيد)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku melihat Nabi SAW memeluk ‘Ali dan baginda bersabda: “Beliaulah satu-satunya yang syahid, beliaulah satu-satunya yang syahid.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1867, hadis nombor 9414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم التزم عليا، ويقول: ((بأبي الوحيد الشهيد، بأبي الوحيد الشهيد)). [ع، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4876)]
(Palsu) Dari ‘Aishah RA, dia berkata: Aku melihat Nabi SAW memeluk ‘Ali dan baginda bersabda: “Beliaulah satu-satunya yang syahid, beliaulah satu-satunya yang syahid.” [Riwayat Ibn ‘Adi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4876]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.