Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku melihat Nabi SAW memeluk 'Ali

Teks Bahasa Arab

بأبي الوحيدِ الشهيدِ، بأبي الوحيدِ الشهيدِ .

Teks Bahasa Melayu

Aku melihat Nabi SAW memeluk 'Ali dan baginda bersabda: "Beliaulah satu-satunya yang syahid, beliaulah satu-satunya yang syahid."

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1867, hadis no. 9414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم التزم عليا، ويقول: ((بأبي الوحيد الشهيد، بأبي الوحيد الشهيد)). [ع، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4876)]

(Palsu) Dari ‘Aishah RA, dia berkata: Aku melihat Nabi SAW memeluk ‘Ali dan baginda bersabda: "Beliaulah satu-satunya yang syahid, beliaulah satu-satunya yang syahid." [Riwayat Ibn ‘Adi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4876]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.