TEKS BAHASA ARAB
اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها الأغنياء والنساء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku melihat ke dalam syurga lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah golongan fakir miskin dan aku melihat dalam neraka lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang-orang kaya dan wanita-wanita.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 659, hadis nombor 3401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها الأغنياء والنساء)). [حم، عم، ((الضعيفة)) (2800)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah golongan fakir miskin dan aku melihat dalam neraka lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang-orang kaya dan wanita-wanita.” [Riwayat Ahmad dalam Musnad, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2800]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.