Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku melihat ke dalam syurga lalu aku melihat kebanyakan ahlinya

Teks Bahasa Arab

اطلَعْتُ في الجنَّةِ فرأيْتُ أكثرَ أهلِها الفقراءَ، و اطلعْتُ في النارِ فرأيْتُ أكثرَ أهلِها الأغنياءَ والنساءَ.

Teks Bahasa Melayu

Aku melihat ke dalam syurga lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah golongan fakir miskin dan aku melihat dalam neraka lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang-orang kaya dan wanita-wanita.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 659, hadis no. 3401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اطلعت في الجنة فرأيت أكثر ‌أهلها ‌الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها الأغنياء والنساء)). [حم، عم، ((الضعيفة)) (2800)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah golongan fakir miskin dan aku melihat dalam neraka lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang-orang kaya dan wanita-wanita.” [Riwayat Ahmad dalam Musnad, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2800]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.