Aku melihat kamu akan meninggikan binaan masjid-masjid kamu selepas kewafatanku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أراكم ستشرفون مساجدكم بعدي كما شرفت اليهود كنائسها، وكما شرفت النصارى بيعها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat kamu akan meninggikan binaan masjid-masjid kamu selepas kewafatanku sebagaimana golongan Yahudi meninggikan binaan rumah ibadat mereka dan sebagaimana golongan Nasrani meninggikan pembinaan gereja-gereja mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263, hadis nombor 1369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أراكم ستشرفون مساجدكم بعدي كما شرفت اليهود كنائسها، وكما شرفت النصارى بيعها)). [ه، ((الضعيفة)) (2733)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat kamu akan meninggikan binaan masjid-masjid kamu selepas kewafatanku sebagaimana golongan Yahudi meninggikan binaan rumah ibadat mereka dan sebagaimana golongan Nasrani meninggikan pembinaan gereja-gereja mereka.
[Riwayat Ibnu Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2733]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.