Aku melihat Ja‘far terbang di syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأيت جعفرا يطير في الجنة تدمى قادمتاه، ورأيت زيدا دون ذلك، فقلت: ما كنت أظن أن زيدا دون جعفر. فأتاه جبريل، فقال: إن زيدا ليس بدون جعفر، ولكنا فضلنا جعفرًا؛ لقرابته منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Ja‘far terbang di syurga dan kedua-dua sayapnya merah. Aku melihat Zaid berada di bawahnya (kurang merah). Aku pun berkata: Aku tidak fikir kedudukan Zaid di bawah Ja‘far. Lalu Jibril datang dan memberitahu: Sesungguhnya Zaid bukanlah lebih bawah kedudukannya berbanding Ja‘far, cuma kami lebihkan Ja‘far kerana pertalian darahnya denganmu.

STATUS

Palsu dengan teks selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1957, hadis nombor 9797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن عبد الله بن محمد بن عمر بن علي عن أبيه قال: قال صلى الله عليه وسلم: رأيت جعفرا يطير في الجنة تدمى قادمتاه، ورأيت زيدا دون ذلك فقلت: ما كنت أظن أن زيدًا دون جعفر. فأتاه جبريل فقال: إن زيدًا ليس بدون جعفر ولكنا فضلنا جعفرًا لقرابته منك.
[ابن سعد، الضعيفة (6841)]

(Palsu dengan teks selengkap ini)
Daripada Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali, daripada ayahnya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat Ja‘far terbang di syurga dan kedua-dua sayapnya merah. Aku melihat Zaid berada di bawahnya (kurang merah). Aku pun berkata: Aku tidak fikir kedudukan Zaid di bawah Ja‘far. Lalu Jibril datang dan memberitahu: Sesungguhnya Zaid bukanlah lebih bawah kedudukannya berbanding Ja‘far, cuma kami lebihkan Ja‘far kerana pertalian darahnya denganmu.
[Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6841]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.