Aku melihat Ja‘far terbang di syurga dalam keadaan kepalanya berdarah

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ‌جعفرا ‌يطير في الجنة، تدمى قادمتاه، ورأيت زيدا دون ذلك، فقلت: ما كنت أظن أن زيدا دون جعفر. فأتاه جبريل فقال: إن زيدا ليس بدون جعفر، ولكنا فضلنا جعفرا لقرابته منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Ja‘far terbang di syurga dalam keadaan kepalanya berdarah. Kemudian aku melihat Zaid bukan seperti itu. Lalu aku berkata: Aku tidak menyangka bahawa Zaid bukan seperti Ja‘far. Lalu Jibrail mendatanginya dan berkata: Sesungguhnya Zaid bukanlah tidak sama darjat dengan Ja‘far, namun kami melebihkan Ja‘far kerana dia mempunyai tali persaudaraan dengan kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 700, hadis nombor 3589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن محمد بن عمر بن علي، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((رأيت ‌جعفرا ‌يطير في الجنة، تدمى قادمتاه، ورأيت زيدا دون ذلك، فقلت: ما كنت أظن أن زيدا دون جعفر. فأتاه جبريل فقال: إن زيدا ليس بدون جعفر، ولكنا فضلنا جعفرا لقرابته منك)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (٦٨٤١)]

(Palsu dengan selengkap ini) Daripada Muḥammad bin ‘Umar bin ‘Alī, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat Ja‘far terbang di syurga dalam keadaan kepalanya berdarah. Kemudian aku melihat Zaid bukan seperti itu. Lalu aku berkata: Aku tidak menyangka bahawa Zaid bukan seperti Ja‘far. Lalu Jibrail mendatanginya dan berkata: Sesungguhnya Zaid bukanlah tidak sama darjat dengan Ja‘far, namun kami melebihkan Ja‘far kerana dia mempunyai tali persaudaraan dengan kamu. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6841]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs