Aku melihat di pintu syurga tertulis

TEKS BAHASA ARAB

رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إلا الله محمد رسول الله علي أخو رسول الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat di pintu syurga tertulis: Tiada yang berhak disembah selain Allah, Muhammad itu utusan Allah, ‘Ali adalah saudara Rasulullah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis nombor 5475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: رأيتُ على بَابِ الجنةِ مكتوبًا: لا إلا اللهُ محمدٌ رسولُ الله عليٌّ أخو رسولِ الله. [عد، ابن حبان في الضعفاء والمجروحين، والقطيعي في زوائده على فضائل الصحابة لأحمد، وابن عساكر، الضعيفة (5684)]

(Palsu) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat di pintu syurga tertulis: Tiada yang berhak disembah selain Allah, Muhammad itu utusan Allah, ‘Ali adalah saudara Rasulullah. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’ wa al-Majruhin, al-Qati‘i dalam al-Zawa’id ‘ala Fada’il al-Sahabat li Ahmad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5684]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs