Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ على بابِ الجنةِ مكتوبًا : لا إلهَ إلَّا اللهُ محمدٌ رسولُ اللهِ، عليٌّ أخو رسولِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat di pintu syurga tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, Ali itu ialah saudara Rasulullah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 681, hadis no. 3505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، علي أخو رسول الله)) [[عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، القطيعي في ((زوائده على فضائل الصحابة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5684)]
(Palsu) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat di pintu syurga tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, Ali itu ialah saudara Rasulullah.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, al-Qath'i dalam Zawaid dalam Fadhail al-Sahabah dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5684]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman