Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ على بابِ الجنةِ مكتوبًا: لا إلهَ إلا اللهُ، محمدٌ رسولُ اللهِ عليٌّ أخو رسولِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat di pintu syurga tertulis: Tiada yang berhak disembah selain Allah, Muhammad itu utusan Allah, ‘Ali adalah saudara Rasulullah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis no. 5475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: رأيتُ على بَابِ الجنةِ مكتوبًا: لا إلا اللهُ محمدٌ رسولُ الله عليٌّ أخو رسولِ الله. [عد، ابن حبان في الضعفاء والمجروحين، والقطيعي في زوائده على فضائل الصحابة لأحمد، وابن عساكر، الضعيفة (5684)]
(Palsu) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat di pintu syurga tertulis: Tiada yang berhak disembah selain Allah, Muhammad itu utusan Allah, ‘Ali adalah saudara Rasulullah. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’ wa al-Majruhin, al-Qati‘i dalam al-Zawa’id ‘ala Fada’il al-Sahabat li Ahmad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5684]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman