TEKS BAHASA ARAB
رأيت في المنام أنهم أخذوا عمود الكتاب، فعمدوا به إلى الشام فإذا وقعت الفتنة فالأمن بالشام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku melihat dalam mimpi mereka mengambil tiang kitab. Lalu mereka membawanya ke Syam jika berlakunya fitnah. Justeru keamanan berada di Syam.
STATUS
Munkar pada lafaz keamanan berada di Syam
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1949, hadis nombor 9758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بلفظ الأمن)
عن عبد الله بن عمرو: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: رأيت في المنام: أنهم أخذوا عمود الكتاب، فعمدوا به إلى الشام فإذا وقعت الفتنة؛ فالأمن بالشام.
[طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6776)]
(Munkar dengan menyebut lafaz keamanan)
Daripada Abdullah Bin Amru bahawa Nabi SAW bersabda: Aku melihat dalam mimpi mereka mengambil tiang kitab. Lalu mereka membawanya ke Syam jika berlakunya fitnah. Justeru keamanan berada di Syam.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan Ibn Asakir dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6776]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.