Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Aku melihat ‘Ali bin Abi Thalib RA sedang berkhutbah

Teks Bahasa Arab

قد رأيتي معَ النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ وحضَرتِ الصَّلاةُ صلاةُ العصرِ، وقد أتَينا موضعًا يقالُ لَه: نَخلةُ، أحسبُه قالَ -: نريدُ أن نصلِّيَ، فقالَ لنا أبو طالبٍ ونظرَ إلينا: يا ابنَ أخيَ ما تصنَعونَ؟ فقلنا: نصلِّي، فدعاهُ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ إلى الإسلام، فقال: إنَّ الَّذي تدعو إليهِ لَحَسنٌ، ولَكن واللَّهِ يا ابنَ أخيَ لا تَعلوني استي أبَدًا، فضحِكتُ من قولِه.

Teks Bahasa Melayu

Suatu hari aku bersama dengan Nabi SAW, dan kemudian masuk waktu solat: iaitu solat Asar. Kami pada ketika itu telah sampai ke sebuah tempat yang disebut: nakhlah – aku menyangka yang dia menyebut – dan kami hendak mendirikan solat (di tempat tersebut). Lalu Abu Thalib berkata kepada kami – sambil dia memandang ke arah kami – Wahai anak saudaraku, apakah yang kamu lakukan? Kami pun menjawab: Kami hendak mendirikan solat. Maka Nabi SAW pun mengajaknya untuk memeluk Islam. Lalu dia berkata: Sesungguhnya perkara yang kamu serukan itu adalah baik. Akan tetapi demi Allah wahai anak saudaraku, kamu tidak akan dapat menjadikan punggungku (belakangku) lebih tinggi dari diriku. Maka aku pun ketawa disebabkan perkataannya itu.

Sahabat Perawi

  1. Hubbah al-‘Arani

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 295, hadis no. 1556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن حبة العرني، قال: رأيت علي بن أبي طالب يخطب، فضحك ضحكا، فعجبنا من ضحكه، فلما نزل قلنا: يا أمير المؤمنين! لقد ضحكت ضحكا على المنبر، فمم ضحكت؟ قال: ذكرت أبا طالب، ((لقد رأيتني مع النبي -صلى الله عليه وسلم- وحضرت الصلاة: صلاة العصر، وقد أتينا موضعا يقال له: نخلة – أحسبه قال -: نريد أن نصلي، فقال لنا أبو طالب – ونظر إلينا -: يا ابن أخي! ما تصنعون؟ فقلنا: نصلي، فدعاه النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى الإسلام، فقال: إن الذي تدعو إليه لحسن، ولكن والله يا ابن أخي! لا تعلوني استي أبدا. فضحكت من قوله)). [الطيالسي، حم، البزار، ((الضعيفة)) (4139)]

(Terlalu Daif) Daripada Hubbah al-‘Arani berkata: Aku melihat ‘Ali bin Abi Thalib RA sedang berkhutbah. Lalu tiba-tiba beliau ketawa dan kami rasa pelik disebabkan ketawa beliau tersebut. Sebaik sahaja beliau turun (daripada mimbar), kami bertanya: Wahai Amir al-Mu’minin, kamu tadi ketawa di atas mimbar, apakah sebabnya kamu ketawa ? Beliau berkata: Aku teringat kepada Abu Thalib. Suatu hari aku bersama dengan Nabi SAW, dan kemudian masuk waktu solat: iaitu solat Asar. Kami pada ketika itu telah sampai ke sebuah tempat yang disebut: nakhlah – aku menyangka yang dia menyebut – dan kami hendak mendirikan solat (di tempat tersebut). Lalu Abu Thalib berkata kepada kami – sambil dia memandang ke arah kami – Wahai anak saudaraku, apakah yang kamu lakukan? Kami pun menjawab: Kami hendak mendirikan solat. Maka Nabi SAW pun mengajaknya untuk memeluk Islam. Lalu dia berkata: Sesungguhnya perkara yang kamu serukan itu adalah baik. Akan tetapi demi Allah wahai anak saudaraku, kamu tidak akan dapat menjadikan punggungku (belakangku) lebih tinggi dari diriku. Maka aku pun ketawa disebabkan perkataannya itu. [Riwayat al-Tayalisi, Musnad Ahmad dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4139].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.