Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku melihat, aku berada di sisi suatu kumpulan manusia yang memiliki bibir seperti bibir unta, dan ada yang ditugaskan untuk menarik bibir mereka

Teks Bahasa Arab

نظرتُ؛ فإذا أنَا بقومٍ لهم مَشافِرُ كمَشافِرِ الإبلِ، وقد وُكِّلَ بهم من يأخذُ بمَشافرهِم، ثم يَجعلُ في أفواهِهِم صَخرًا من نارٍ يَخرجُ من أسافِلِهِم. قلتُ: يا جبريلُ! مَن هؤلاءِ؟ قال: هؤلاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا؛ إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا.

Teks Bahasa Melayu

Aku melihat, aku berada di sisi suatu kumpulan manusia yang memiliki bibir seperti bibir unta, dan ada yang ditugaskan untuk menarik bibir mereka, lalu disumbatkan batu daripada api neraka ke dalam mulut mereka (sehingga) ia keluar dari bahagian bawah mereka. Aku bertanya: "Wahai Jibril! Siapakah mereka itu? Dia menjawab: Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim secara zalim, hanya sanya mereka itu makan api neraka dalam perut mereka."

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 511, hadis no. 2718.

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: ثنا النبي ﷺ عن ليلة أسري به، قال: «نظرت؛ فإذا أنا بقوم لهم مشافر كمشافر الإبل، وقد وكل بهم من يأخد بمشافرهم، ثم يجعل في أفواههم صخرا من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل! من هؤلاء؟ قال: هؤلاء الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما؛ إنما يأكلون في بطونهم نارا». [ابن جریر، الضعيفة (5459)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, beliau berkata: Nabi ﷺ menceritakan kepada kami tentang malam baginda Israk (diangkat ke langit), baginda bersabda: Aku melihat, aku berada di sisi suatu kumpulan manusia yang memiliki bibir seperti bibir unta, dan ada yang ditugaskan untuk menarik bibir mereka, lalu disumbatkan batu daripada api neraka ke dalam mulut mereka (sehingga) ia keluar dari bahagian bawah mereka. Aku bertanya: "Wahai Jibril! Siapakah mereka itu? Dia menjawab: Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim secara zalim, hanya sanya mereka itu makan api neraka dalam perut mereka." [Riwayat Ibnu Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5459].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.