Aku melihat Abu Jahal mempunyai pokok kurma di syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأيت لأبي جهل ‌عذقاً ‌في الجنة، فلما أسلم عكرمة بن أبي جهل؛ قال [رسول الله صلى الله عليه وسلم] : يا أم سلمة! هذا هو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Abu Jahal mempunyai pokok kurma di syurga, setelah Ikrimah bin Abu Jahal memeluk islam, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Umm Salamah, inilah dia".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 611, hadis nombor 3178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنه -، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ((رأيت لأبي جهل ‌عذقاً ‌في الجنة، فلما أسلم عكرمة بن أبي جهل؛ قال [رسول الله صلى الله عليه وسلم] : يا أم سلمة! هذا هو)). [ك، ((الضعيفة)) (3633)].

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Aku melihat Abu Jahal mempunyai pokok kurma di syurga)). Setelah Ikrimah bin Abu Jahal memeluk islam, Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai Umm Salamah, inilah dia.))
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3633].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.