Aku melihat ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak

TEKS BAHASA ARAB

قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 698, hadis nombor 3582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: بينما عائشة في بيتها إذ ‌سمعت ‌صوتا في المدينة؛ فقالت: ما هذا؟ قالوا: عير لعبد الرحمن بن عوف قدمت من الشام؛ تحمل من كل شيء، قال: فكانت سبع مئة بعير، قال: فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا)). فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف، فقال: إن استطعت؛ لأدخلنها قائما! فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله -عز وجل-. [البزار، حم، طب، حل، ابن عساكر، ابن الجوزي، طب، ((الضعيفة)) (٦٥٩٠)]

(Dusta) Daripada Anas RA, beliau berkata: Ketika ‘Āishah berada di dalam rumahnya beliau mendengar satu suara di Madinah dan berkata: Apakah ini? Mereka berkata: Rombongan ‘Abd al-Rahman bin Auf datang dari Syam, membawa pelbagai dagangan. Dia berkata: Ia terdiri daripada 700 ekor unta. Dia berkata: Lalu Madinah bergegar dengan satu suara. Lalu ‘Āishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak”. Lalu ia sampai kepada ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf. Dia berkata: Jika aku mampu, aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri! Lalu dia menyerahkan semua kelengkapannya dan muatannya kepada jalan Allah. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs