TEKS BAHASA ARAB
أنهى عن الكي وأكره الحميم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku melarang perubatan dengan besi panas dan aku tidak menyukai air yang panas.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis nombor 6015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سعد الظفري: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جاء يعود رجلا منهم فقيل: اكووه واسقوه ماء حميما، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم -: ((أنهى عن الكي وأكره الحميم)). [ابن قانع، ((الضعيفة)) (7131)]
(Munkar) Daripada Sa’ad al-Zufri: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah datang menziarahi seorang lelaki (yang sakit) dalam kalangan mereka, lalu dikatakan: "Tekapkanlah dia (dengan besi panas) dan berikannya minum air panas”. Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: "Aku melarang perubatan dengan besi panas dan aku tidak menyukai air yang panas". [Riwayat Ibn Qani'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7131]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.