Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنْهَى عَنِ الكَيِّ وَأَكْرَهُ الحَمِيمَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melarang perubatan dengan besi panas dan aku tidak menyukai air yang panas.
Sahabat Perawi
- Sa’ad al-Zufri
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis no. 6015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سعد الظفري: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جاء يعود رجلا منهم فقيل: اكووه واسقوه ماء حميما، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم -: ((أنهى عن الكي وأكره الحميم)). [ابن قانع، ((الضعيفة)) (7131)]
(Munkar) Daripada Sa’ad al-Zufri: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah datang menziarahi seorang lelaki (yang sakit) dalam kalangan mereka, lalu dikatakan: "Tekapkanlah dia (dengan besi panas) dan berikannya minum air panas”. Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: "Aku melarang perubatan dengan besi panas dan aku tidak menyukai air yang panas". [Riwayat Ibn Qani'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7131]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman