Aku melarang perbuatan kay dan aku tidak suka kepada air panas.

TEKS BAHASA ARAB

أنهى عن الكي، وأكره الحميم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melarang perbuatan kay dan aku tidak suka kepada air panas.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768, hadis nombor 8898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعد الظفري: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جاء يعود رجلاً منهم، فقيل: اكووه واسقوه ماء حميماً. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنهى عن الكي، وأكره الحميم)). [ابن قانع، ((الضعيفة)) (7131)].

(Munkar)
Daripada Sa’ad al-Zafri: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menziarahi seoarang lelaki daripada kalangan mereka lalu telah dikatakan: Ubatilah dia dengan kay (meletakkan besi panas di luka tersebut) dan berilah dia minum air panas. Maka Rasulullah SAW bersabda: ((Aku melarang perbuatan kay dan aku tidak suka kepada air panas.))
[Riwayat Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7131].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs