Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنْهَى عنِ الكَيِّ، و أكْرَهُ الحَمِيمَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melarang perbuatan kay dan aku tidak suka kepada air panas.
Sahabat Perawi
- Sa'ad al-Zafri
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768, hadis no. 8898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سعد الظفري: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جاء يعود رجلاً منهم، فقيل: اكووه واسقوه ماء حميماً. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنهى عن الكي، وأكره الحميم)). [ابن قانع، ((الضعيفة)) (7131)].
(Munkar) Daripada Sa’ad al-Zafri: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menziarahi seoarang lelaki daripada kalangan mereka lalu telah dikatakan: Ubatilah dia dengan kay (meletakkan besi panas di luka tersebut) dan berilah dia minum air panas. Maka Rasulullah SAW bersabda: ((Aku melarang perbuatan kay dan aku tidak suka kepada air panas.)) [Riwayat Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7131].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman