Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku melarang daripada melakukan rawatan besi panas, dan aku tidak menyukai air panas

Teks Bahasa Arab

أنْهَى عنِ الكَيِّ و أكْرَهُ الحَمِيمَ.

Teks Bahasa Melayu

Aku melarang daripada melakukan rawatan besi panas, dan aku tidak menyukai air panas.

Sahabat Perawi

  1. Sa‘d al-Zafri al-Ansari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106, hadis no. 5601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعد الظفري: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جاء يعود رجلًا منهم فقيل: اكووه واسقوه ماءً حميمًا. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنهى عن الكي وأكره الحميم. [ابن قانع، الضعيفة (7131)].

(Munkar) Daripada Sa‘d al-Zafri, bahawasanya Rasulullah SAW datang melawat seorang lelaki . Seseorang memberikan cadangan: Rawatinya dengan besi panas dan berikan dia minum air panas. Rasulullah SAW segera memintas: Aku melarang daripada melakukan rawatan besi panas, dan aku tidak menyukai air panas. [Riwayat Ibn Qani‘. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7131]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.