Aku melakukan perkara ini hanyalah supaya bilangan langkahku menjadi banyak

TEKS BAHASA ARAB

إنما فعلت هذا [يعني: المقاربة بين الخطا]؛ ليكثر عدد خطاي في طلب الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melakukan perkara ini [iaitu mengecilkan langkah kaki] hanyalah supaya bilangan langkahku menjadi banyak dalam usaha untuk solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 371, hadis nombor 1974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت – رضي الله عنه -، قال: أقيمت الصلاة فخرج رسول الله ﷺ وأنا معه، فقارب بين الخطا وقال: «إنما فعلت هذا ليكثر عدد خُطاي في طلب الصلاة». [طب، «الضعيفة» (6816)].

(Lemah) Daripada Zayd bin Thabit RA, beliau berkata: Solat telah diiqamatkan, maka Rasulullah pun keluar dalam keadaan aku bersama dengan baginda. Baginda lalu mengecilkan langkah kakinya dan bersabda: "Aku melakukan perkara ini hanyalah supaya bilangan langkahku menjadi banyak dalam usaha untuk solat". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6816].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs