Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku melagukan kata-kata ‘Antarah untuk Nabi SAW

Teks Bahasa Arab

أُنشد النبي صلى الله عليه وسلم قولَ عنترة: ولقد أبيت على الطوى فأظله * * * حتى أنال به كريم المأكل فقال صلى الله عليه وسلم: ما وصف لي أعرابي قط فأحببت أن أراه إلا عنترة.

Teks Bahasa Melayu

Aku melagukan kata-kata ‘Antarah untuk Nabi SAW yang berbunyi: Aku telah bermalam dalam kelaparan dan aku berterusan dalam keadaan itu, sehingga dengannya aku mendapat semulia-mulia tempat mencari makan. Nabi SAW bersabda: Tidak ada seorang badwi pun yang digambarkan kepadaku sifatnya lalu aku teringin untuk melihatnya kecuali ‘Antarah.

Sahabat Perawi

  1. Ibn ‘Aisyah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1963, hadis no. 9817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عائشة، قال: أُنشد النبي صلى الله عليه وسلم قولَ عنترة: ولقد أبيت على الطوى فأظله * * * حتى أنال به كريم المأكل فقال صلى الله عليه وسلم: ما وصف لي أعرابي قط فأحببت أن أراه إلا عنترة. [أبو الفرج في ((الأغاني))، ((الضعيفة)) (6510)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Aisyah, dia berkata: Aku melagukan kata-kata ‘Antarah untuk Nabi SAW yang berbunyi: Aku telah bermalam dalam kelaparan dan aku berterusan dalam keadaan itu, sehingga dengannya aku mendapat semulia-mulia tempat mencari makan. Nabi SAW bersabda: Tidak ada seorang badwi pun yang digambarkan kepadaku sifatnya lalu aku teringin untuk melihatnya kecuali ‘Antarah. [Riwayat Abu al-Faraj dalam al-Aghani. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6510]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.