Aku masuk menuju Rasulullah SAW di mana baginda berada dalam masjid al-Madinah

TEKS BAHASA ARAB

دخلت على رسول الله ﷺ في مسجد المدينة فجعل يقول: «أين فلان ابن فلان؟» فلم يزل يتفقدهم ويبعث إليهم حتى اجتمعوا عنده فقال: «إني محدثكم بحديث فاحفظوه، وعوه وحدثوا به من بعدكم: إن الله اصطفى من خلقه خلقا ثم تلا هذه الآية: ((الله يصطفي من الملائكة رسولا ومن الناس)) خلقا يدخلهم الجنة، وإني مصطف منكم من أحب أن أصطفيه ومؤاخ بينكم كما آخى الله بين الملائكة، قم يا أبا بكر!» فقام فجثا بين يديه فقال: «إن لك عندي يدا، إن الله يجزيك بها، فلو كنت متخذا خليلا لاتخذتك خليلا، فأنت مني بمنزلة قميصي من جسدي.» وحرك قميصه بيده . ثم قال: «ادن يا عمر!» فدنا. فقال: «قد كنت شديد الشغب علينا أبا حفص! فدعوت الله أن يعز الدين بك أو بأبي جهل، ففعل الله ذلك بك، وكنت أحبهما إلي، فأنت معي في الجنة ثالث ثلاثة من هذه الأمة.» ثم تنحى وآخى بينه وبين أبي بكر. ثم دعا عثمان فقال: «ادن يا عثمان، ادن يا عثمان!» فلم يزل يدنو منه حتى ألصق ركبته بركبة رسول الله ﷺ ثم نظر إليه ثم نظر إلى السماء فقال: «سبحان الله العظيم» ثلاث مرات ثم نظر إلى عثمان فإذا إزاره محلولة فزررها رسول الله ﷺ بيده ثم قال: «اجمع عطفي ردائك على نحرك، فإن لك شأنا في أهل السماء، أنت ممن يرد على الحوض وأوداجه تشخب دما فأقول: من فعل هذا بك ؟ فتقول: فلان وفلان، وذلك كلام جبريل عليه السلام، وذلك إذا هتف من السماء: ألا إن عثمان أمين على كل خاذل.» ثم دعا عبد الرحمن بن عوف فقال: «إن يا (كذا الأصل، ولعل الصواب: أنت) أمين الله والأمين في السماء يسلطك الله على مالك بالحق، أما إن لك عندي دعوة وقد أخرتها.» قال: «خر لي يا رسول الله؟» قال: «حملتني يا عبدالرحمن أمانة أكثر الله مالك.» قال: وجعل يحرك يده ثم تنحى وآخى بينه وبين عثمان، ثم دخل طلحة والزبير فقال: «ادنوا مني.» فدنوا منه فقال: «أنتما حواريي كحواريي عيسى ابن مريم عليه السلام.» ثم آخى بينهما، ثم دعا سعد بن أبي وقاص وعمار بن ياسر فقال: «يا عمار! تقتلك الفئة الباغية.» ثم آخى بينهما. ثم دعا عويمرا أبا الدرداء وسلمان الفارسي فقال: «يا سلمان! أنت منا أهل البيت، وقد آتاك الله العلم الأول والعلم الآخر والكتاب الأول والكتاب الآخر.» ثم قال: «ألا أرشدك يا أبا الدرداء؟» قال: «بلى بأبي أنت وأمي يا رسول الله.» قال: «إن تنقد ينقدوك، وإن تتركهم لا يتركوك، وإن تهرب منهم يدركوك، فأقرضهم عرضك ليوم فقرك.» فآخى بينهما. ثم نظر في وجوه أصحابه فقال: «أبشروا وقروا عينا فأنتم أول من يرد علي الحوض وأنتم في أعلى الغرف.» ثم نظر إلى عبد الله بن عمر فقال: «الحمد لله الذي يهدي من الضلالة.» فقال علي: «يا رسول الله! ذهب روحي، وانقطع ظهري حين رأيتك فعلت ما فعلت بأصحابك غيري، فإن كان من سخطة علي، فلك العتبى والكرامة.» فقال: «والذي بعثني بالحق ما أخرتك إلا لنفسي، فأنت عندي بمنزلة هارون من موسى، ووارثي.» فقال: «يا رسول الله! ما أرث منك؟» قال: «ما أورثت الأنبياء.» قال: «وما أورثت الأنبياء قبلك؟» قال: «كتاب الله وسنة نبيهم، وأنت معي في قصري في الجنة مع فاطمة ابنتي، وأنت أخي ورفيتي.» ثم تلا رسول الله هذه الآية: ((إخوانا على سرر متقابلين))، و((الأخلاء في الله ينظر بعضهم إلى بعض)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku masuk menuju Rasulullah SAW di mana baginda berada dalam masjid al-Madinah (Masjid Nabawi). Baginda bertanya: "Di manakah si fulan, di manakah si fulan?" Baginda terus mencari-cari mereka dan mengutuskan orang kepada mereka agar mereka berkumpul di sisinya. Lalu baginda bersabda: “Aku akan sampaikan sebuah hadis maka hafazlah. Peliharalah dan ceritakanlah ia kepada orang-orang selepas kamu. Sesungguhnya Allah telah memilih antara makhluk-makhluknya.” Kemudian baginda membacakan ayat al-Quran yang membawa maksud: ((Allah memilih utusan-Nya daripada golongan malaikat dan juga manusia)) hamba yang Dia akan masukkan ke dalam syurga.” Sesungguhnya aku ingin memilih dalam kalangan kalian yang aku suka dan aku akan mempersaudarakan antara kalian seperti mana Allah mempersaudarakan malaikat. Bangunlah wahai Abu Bakar!” Abu Bakar bangun dan melutut di hadapan baginda. Baginda bersabda: “Engkau merupakan tangan bagiku. Allah yang membalas dengan ganjaran bagi perkara itu kepada engkau. Jika aku hendak memilih teman, nescaya aku akan memilih engkau. Engkau di sisiku seperti baju membaluti tubuhku.” Baginda menggerakkan baju dengan tangannya. Kemudian baginda bersabda: “Dekatkanlah dirimu kepadaku wahai ‘Umar.” ‘Umar berbuat demikian lalu baginda bersabda: “Engkau orang yang kuat melawanku dulu wahai Abu Hafs. Kemudian aku berdoa kepada Allah untuk menguatkan agama ini dengan engkau atau Abu Jahal. Maka Allah telah memilihmu. Engkau lebih aku senangi dari dua pilihan itu. Engkau yang ketiga daripada tiga orang yang bersamaku di syurga.” Kemudian Nabi SAW meninggalkannya dan mempersaudarakannya dengan Abu Bakar. Selepas itu, baginda memanggil ‘Uthman lalu bersabda: “Dekatkanlah dirimu kepadaku wahai ‘Uthman. Dekatkanlah dirimu kepadaku wahai ‘Uthman!” Dia terus mendekati Rasulullah sehingga berlaga lututnya dengan lutut Rasulullah SAW. Kemudian baginda memandangnya seterusnya memandang ke langit lalu bersabda tiga kali: “Maha Suci Engkau yang Maha Agung.” Kemudian baginda memandang ‘Uthman kembali dan ketika itu pakaiannya terselak menampakkan auratnya. Rasulullah SAW cepat-cepat menutupnya dengan tangan baginda. Kemudian baginda SAW bersabda: “Kemaskan dua ikatan pakaianmu ke pangkal dadamu. Sesungguhnya bagimu kedudukan tinggi dari ahli langit. Engkaulah yang membalas sapaanku di telagaku dalam keadaan urat lehermu mengalirkan darah. Aku akan bertanya, siapa yang melakukan perkara ini kepadamu? Lalu engkau menjawab: Fulan dan Fulan. Begitulah kalam Jibril AS (kepadaku). Ketika itulah teriakan dari langit kedengaran: Ketahuilah ‘Uthman aman daripada orang yang tidak memberi pertolongan.” Kemudian baginda SAW memanggil Abd al-Rahman bin ‘Auf lalu bersabda: “Sesungguhnya wahai (begitulah dalam naskhah asal. Mudah-mudahan yang lebih tepat ialah: engkau) engkau pemegang amanah Allah dan ahli langit. Allah mengurniakan harta kepadamu dengan jalan yang benar. Adapun untukmu di sisiku, ada doa yang aku tangguhkan (buat masa ini)." Lalu dia membalas: "Engkau tangguhkannya untukku wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: "Wahai Abd al-Rahman, amanah tersebut membebankan aku. Moga Allah memperbanyakkan hartamu." Lalu baginda mengisyaratkan tangannya dan Abd al-Rahman kembali ke tempat asalnya lalu dia dipersaudarakan dengan ‘Uthman. Kemudian Talhah dan al-Zubair masuk lalu baginda SAW bersabda: "Kamu berdua datanglah padaku." Kemudian mereka mendekati Nabi SAW lalu Nabi SAW bersabda: "Kamu berdua penolongku seperti penolong-penolong ‘Isa AS." Lalu baginda mempersaudarakan mereka berdua. Baginda kemudiannya memanggil Sa’d bin Abi Waqqas dan ‘Ammar bin Yasir lalu bersabda: "Wahai ‘Ammar, kamu akan dibunuh oleh puak yang melampau.” Kemudian baginda SAW mempersaudarakan keduanya. Kemudian dipanggilnya ‘Uwaimir Abu al-Darda’ dan Salman al-Farisi lalu bersabda: "Wahai Salman, engkau daripada kami ahli bait. Allah telah memberikan kepadamu ilmu yang awal dan akhir serta kitab yang terdahulu dan kitab yang terakhir.” Baginda menyambung bicaranya lagi: "Bolehkah aku membimbingmu wahai Abu al-Darda’?" Dia menjawab: "Sudah tentu demi ayah dan ibuku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah." Baginda SAW bersabda: "Jika engkau mengkritik, mereka akan mengkritikmu. Jika kamu meninggalkan mereka, mereka tidak akan meninggalkanmu. Jika engkau lari dari mereka, mereka akan menjejakimu. Maka berilah pinjaman kepada mereka dengan hartamu untuk hari fakirmu kelak." Lalu baginda mempersaudarakan mereka berdua. Baginda memandang kesemua wajah-wajah para sahabat dan bersabda: "Gembiralah dan tenanglah kerana kamu semua akan berjumpa denganku di telagaku dan kamu semua akan mendapat syurga yang paling tinggi.” Kemudian baginda memandang Abdullah bin ‘Umar dan bersabda: "Segala puji bagi Allah yang memberi hidayah dari kesesatan.” Kemudian ‘Ali berkata: "Wahai Rasulullah, rohku telah pergi dan belakangku telah patah ketika mana aku melihat apa yang kau lakukan kepada para sahabatmu selain aku. Kalaulah itu kerana kemurkaan ke atasku, bagimu keredaan dan kemuliaan." Lalu baginda SAW bersabda: "Demi Tuhan yang mengutuskan aku dengan kebenaran, tidaklah aku tangguhkan (berita ini) untukmu melainkan untuk diriku. Engkau di sisiku seperti kedudukan Harun kepada Musa dan engkau ialah pewarisku.” ‘Ali bertanya: "Apakah warisan darimu?" Baginda menjawab: "Apa yang diwariskan kepada para Nabi." ‘Ali bertanya lagi: "Apakah yang diwariskan kepada para nabi sebelummu?” Baginda menjawab: "Kitabullah dan sunah Nabi mereka. Engkau akan bersamaku dalam istanaku di syurga nanti bersama anakku Fatimah. Engkaulah saudaraku juga temanku. Kemudian baginda membaca ayat al-Quran: "Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." dan ayat: "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1795-1796, hadis nombor 9047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد بن أبي أوفى -رضي الله عنه- قال: دخلت على رسول الله ﷺ في مسجد المدينة فجعل يقول: «أين فلان ابن فلان؟» فلم يزل يتفقدهم ويبعث إليهم حتى اجتمعوا عنده فقال: «إني محدثكم بحديث فاحفظوه، وعوه وحدثوا به من بعدكم: إن الله اصطفى من خلقه خلقا ثم تلا هذه الآية: ((الله يصطفي من الملائكة رسولا ومن الناس)) خلقا يدخلهم الجنة، وإني مصطف منكم من أحب أن أصطفيه ومؤاخ بينكم كما آخى الله بين الملائكة، قم يا أبا بكر!» فقام فجثا بين يديه فقال: «إن لك عندي يدا، إن الله يجزيك بها، فلو كنت متخذا خليلا لاتخذتك خليلا، فأنت مني بمنزلة قميصي من جسدي.» وحرك قميصه بيده . ثم قال: «ادن يا عمر!» فدنا. فقال: «قد كنت شديد الشغب علينا أبا حفص! فدعوت الله أن يعز الدين بك أو بأبي جهل، ففعل الله ذلك بك، وكنت أحبهما إلي، فأنت معي في الجنة ثالث ثلاثة من هذه الأمة.» ثم تنحى وآخى بينه وبين أبي بكر. ثم دعا عثمان فقال: «ادن يا عثمان، ادن يا عثمان!» فلم يزل يدنو منه حتى ألصق ركبته بركبة رسول الله ﷺ ثم نظر إليه ثم نظر إلى السماء فقال: «سبحان الله العظيم» ثلاث مرات ثم نظر إلى عثمان فإذا إزاره محلولة فزررها رسول الله ﷺ بيده ثم قال: «اجمع عطفي ردائك على نحرك، فإن لك شأنا في أهل السماء، أنت ممن يرد على الحوض وأوداجه تشخب دما فأقول: من فعل هذا بك ؟ فتقول: فلان وفلان، وذلك كلام جبريل عليه السلام، وذلك إذا هتف من السماء: ألا إن عثمان أمين على كل خاذل.» ثم دعا عبد الرحمن بن عوف فقال: «إن يا (كذا الأصل، ولعل الصواب: أنت) أمين الله والأمين في السماء يسلطك الله على مالك بالحق، أما إن لك عندي دعوة وقد أخرتها.» قال: «خر لي يا رسول الله؟» قال: «حملتني يا عبدالرحمن أمانة أكثر الله مالك.» قال: وجعل يحرك يده ثم تنحى وآخى بينه وبين عثمان، ثم دخل طلحة والزبير فقال: «ادنوا مني.» فدنوا منه فقال: «أنتما حواريي كحواريي عيسى ابن مريم عليه السلام.» ثم آخى بينهما، ثم دعا سعد بن أبي وقاص وعمار بن ياسر فقال: «يا عمار! تقتلك الفئة الباغية.» ثم آخى بينهما. ثم دعا عويمرا أبا الدرداء وسلمان الفارسي فقال: «يا سلمان! أنت منا أهل البيت، وقد آتاك الله العلم الأول والعلم الآخر والكتاب الأول والكتاب الآخر.» ثم قال: «ألا أرشدك يا أبا الدرداء؟» قال: «بلى بأبي أنت وأمي يا رسول الله.» قال: «إن تنقد ينقدوك، وإن تتركهم لا يتركوك، وإن تهرب منهم يدركوك، فأقرضهم عرضك ليوم فقرك.» فآخى بينهما. ثم نظر في وجوه أصحابه فقال: «أبشروا وقروا عينا فأنتم أول من يرد علي الحوض وأنتم في أعلى الغرف.» ثم نظر إلى عبد الله بن عمر فقال: «الحمد لله الذي يهدي من الضلالة.» فقال علي: «يا رسول الله! ذهب روحي، وانقطع ظهري حين رأيتك فعلت ما فعلت بأصحابك غيري، فإن كان من سخطة علي، فلك العتبى والكرامة.» فقال: «والذي بعثني بالحق ما أخرتك إلا لنفسي، فأنت عندي بمنزلة هارون من موسى، ووارثي.» فقال: «يا رسول الله! ما أرث منك؟» قال: «ما أورثت الأنبياء.» قال: «وما أورثت الأنبياء قبلك؟» قال: «كتاب الله وسنة نبيهم، وأنت معي في قصري في الجنة مع فاطمة ابنتي، وأنت أخي ورفيتي.» ثم تلا رسول الله هذه الآية: ((إخوانا على سرر متقابلين))، و((الأخلاء في الله ينظر بعضهم إلى بعض)). [طب، ((الضعيفة)) (1368، 2657، 3704)].

(Palsu) Daripada Zaid bin Abu Aufa RA berkata: Aku masuk menuju Rasulullah SAW di mana baginda berada dalam masjid al-Madinah (Masjid Nabawi). Baginda bertanya: "Di manakah si fulan, di manakah si fulan?" Baginda terus mencari-cari mereka dan mengutuskan orang kepada mereka agar mereka berkumpul di sisinya. Lalu baginda bersabda: “Aku akan sampaikan sebuah hadis maka hafazlah. Peliharalah dan ceritakanlah ia kepada orang-orang selepas kamu. Sesungguhnya Allah telah memilih antara makhluk-makhluknya.” Kemudian baginda membacakan ayat al-Quran yang membawa maksud: ((Allah memilih utusan-Nya daripada golongan malaikat dan juga manusia)) hamba yang Dia akan masukkan ke dalam syurga.” Sesungguhnya aku ingin memilih dalam kalangan kalian yang aku suka dan aku akan mempersaudarakan antara kalian seperti mana Allah mempersaudarakan malaikat. Bangunlah wahai Abu Bakar!" Abu Bakar bangun dan duduk di hadapan baginda. Baginda bersabda: “Engkau merupakan tangan bagiku. Allah yang mengurniakan itu kepada engkau. Jika aku hendak memilih teman, nescaya aku akan memilih engkau. Engkau di sisiku seperti baju membaluti tubuhku.” Baginda menggerakkan baju dengan tangannya. Kemudian baginda bersabda: “Dekatkanlah dirimu kepadaku wahai ‘Umar." ‘Umar berbuat demikian lalu baginda bersabda: “Engkau orang yang kuat melawanku dulu wahai Abu Hafs. Kemudian aku berdoa kepada Allah untuk menguatkan agama ini dengan engkau atau Abu Jahal. Maka Allah telah memilihmu. Engkau lebih aku senangi dari dua pilihan itu. Engkau yang ketiga daripada tiga orang yang bersamaku di syurga.” Kemudian Nabi SAW meninggalkannya dan mempersaudarakannya dengan Abu Bakar. Selepas itu, baginda memanggil ‘Uthman lalu bersabda: “Dekatkanlah dirimu kepadaku wahai ‘Uthman. Dekatkanlah dirimu kepadaku wahai ‘Uthman!” Dia terus mendekati Rasulullah sehingga berlaga lututnya dengan lutut Rasulullah SAW. Kemudian baginda memandangnya seterusnya memandang ke langit lalu bersabda tiga kali: “Maha Suci Engkau yang Maha Agung.” Kemudian baginda memandang ‘Uthman kembali dan ketika itu pakaiannya terselak menampakkan auratnya. Rasulullah SAW cepat-cepat menutupnya dengan tangan baginda. Kemudian baginda SAW bersabda: “Kemaskan dua ikatan pakaianmu pada hari pembunuhanmu. Sesungguhnya bagimu ada berita dari ahli langit. Engkaulah yang membalas sapaanku di telagaku dalam keadaan urat lehermu mengalirkan darah. Aku akan bertanya, siapa yang melakukan perkara ini kepadamu? Lalu engkau menjawab: Fulan dan Fulan. Begitulah kalam Jibril AS (kepadaku). Ketika itulah teriakan dari langit kedengaran: Ketahuilah ‘Uthman aman daripada orang yang tidak memberi pertolongan.” Kemudian baginda SAW memanggil Abd al-Rahman bin ‘Auf lalu bersabda: “Sesungguhnya wahai (begitulah dalam naskhah asal. Mudah-mudahan yang lebih tepat ialah: engkau) engkau pemegang amanah Allah dan ahli langit. Allah mengurniakan harta kepadamu dengan jalan yang benar. Adapun untukmu di sisiku, ada doa yang aku tangguhkan (buat masa ini)." Lalu dia membalas: "Engkau tangguhkannya untukku wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: "Wahai Abd al-Rahman, amanah tersebut membebankan aku. Moga Allah memperbanyakkan hartamu." Lalu baginda mengisyaratkan tangannya dan Abd al-Rahman kembali ke tempat asalnya lalu dia dipersaudarakan dengan ‘Uthman. Kemudian Talhah dan al-Zubair masuk lalu baginda SAW bersabda: "Kamu berdua datanglah padaku." Kemudian mereka mendekati Nabi SAW lalu Nabi SAW bersabda: "Kamu berdua penolongku seperti penolong-penolong ‘Isa AS." Lalu baginda mempersaudarakan mereka berdua. Baginda kemudiannya memanggil Sa’d bin Abi Waqqas dan ‘Ammar bin Yasir lalu bersabda: "Wahai ‘Ammar, kamu akan dibunuh oleh puak yang melampau.” Kemudian baginda SAW mempersaudarakan keduanya. Kemudian dipanggilnya ‘Uwaimir Abu al-Darda’ dan Salman al-Farisi lalu bersabda: "Wahai Salman, engkau daripada kami ahli bait. Allah telah memberikan kepadamu ilmu yang awal dan akhir serta kitab yang terdahulu dan kitab yang terakhir.” Baginda menyambung bicaranya lagi: "Bolehkah aku membimbingmu wahai Abu al-Darda’?" Dia menjawab: "Sudah tentu demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah." Baginda SAW bersabda: "Jika engkau mengkritik, mereka akan mengkritikmu. Jika kamu meninggalkan mereka, mereka tidak akan meninggalkanmu. Jika engkau lari dari mereka, mereka akan menjejakimu. Maka berilah pinjaman kepada mereka selain dari dirham dan dinarmu untuk hari fakirmu kelak." Lalu baginda mempersaudarakan mereka berdua. Baginda memandang kesemua wajah-wajah para sahabat dan bersabda: "Gembiralah dan tenanglah kerana kamu semua akan berjumpa denganku di telagaku dan kamu semua akan mendapat syurga yang paling tinggi.” Kemudian baginda memandang Abdullah bin ‘Umar dan bersabda: "Segala puji bagi Allah yang mengeluarkanmu dari kesesatan.” Kemudian ‘Ali berkata: "Wahai Rasulullah, rohku telah pergi dan belakangku telah patah ketika mana aku melihat apa yang kau lakukan kepada para sahabatmu selain aku. Kalaulah itu kerana kemurkaan ke atasku, bagimu keredaan dan kemuliaan." Lalu baginda SAW bersabda: "Demi Tuhan yang mengutuskan aku dengan kebenaran, tidaklah aku tangguhkan (berita ini) untukmu melainkan untuk diriku. Engkau di sisiku seperti kedudukan Harun kepada Musa dan engkau ialah pewarisku.” ‘Ali bertanya: "Apakah warisan darimu?" Baginda menjawab: "Apa yang diwariskan kepada para Nabi." ‘Ali bertanya lagi: "Apakah yang diwariskan kepada para nabi sebelummu?” Baginda menjawab: "Kitabullah dan sunah Nabi mereka. Engkau akan bersamaku dalam istanaku di syurga nanti bersama anakku Fatimah. Engkaulah saudaraku juga temanku. Kemudian baginda membaca ayat al-Quran: "Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." dan ayat: "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1368, 2657, 3704]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs