Aku masuk menemui Rasulullah SAW sewaktu Baginda sedang tidur – atau ketika diwahyukan kepada Baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أبا رافع! سيكون بعدي قوم يقاتلون عليا؛ حقا على الله جهادهم، فمن لم يستطع جهادهم بيده؛ فبلسانه، فمن لم يستطع بلسانه؛ فبقلبه، ليس وراء ذلك شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Rafi’! Akan ada selepas kewafatanku satu kaum yang akan memerangi ‘Ali, menjadi hak kepada Allah untuk memerangi mereka. Oleh itu, sesiapa yang tidak mampu memerangi mereka dengan tangannya, maka hendaklah memerangi mereka dengan lidahnya dan sesiapa yang tidak mampu dengan lidahnya maka hendaklah dengan jantung hatinya. Tidak ada sesuatu pun (wasilah lain) selepas itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 497, hadis nombor 2665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي رافع –رضي الله عنه-، قال: دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو نائم -أو يوحى إليه-، وإذا حية في جانب البيت، فكرهت أن أقتلها فأوقظه، فاضطجعت بينه وبين الحية، فإن كان شيء كان بي دونه، فاستيقظ وهو يتلو هذه الآية: ﴿إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا﴾ الآية. قال: ((الحمد لله)). فرآني إلى جانبه، فقال: ((ما أضجعك ههنا؟!)). قلت: لمكان هذه الحية. قال: ((قم إليها فاقتلها)). فقتلها. فحمد الله ثم أخذ بيدي فقال: ((يا أبا رافع! سيكون بعدي قوم يقاتلون عليا؛ حقا على الله جهادهم، فمن لم يستطع جهادهم بيده؛ فبلسانه، فمن لم يستطع بلسانه؛ فبقلبه، ليس وراء ذلك شيء)). [طب، ((الضعيفة)) (4910)].

(Palsu)
Daripada Abu Rafi’ RA, beliau berkata: Aku masuk menemui Rasulullah SAW sewaktu Baginda sedang tidur – atau ketika diwahyukan kepada Baginda -, tiba-tiba ada seekor ular sedang berada di pinggir rumah, lalu aku enggan untuk membunuhnya kerana itu akan mengejutkan Baginda, lalu aku pun berbaring antara Baginda dan ular tersebut, jika berlaku sesuatu maka akulah yang paling hampir untuk terkena. Lalu Baginda pun terjaga sambil Baginda membaca ayat ini: {Sesungguhnya penolong kalian hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman}, [Surah al-Maidah ayat 55]. Baginda bersabda: Segala puji bagi Allah. Lalu Baginda melihatku berada di sisi Baginda, Baginda pun bertanya: Apakah sebab kamu berbaring di sini?. Aku menjawab: Kerana tempat ular ini. Baginda bersabda: Bangunlah, pergi kepada ular itu lalu bunuhlah ia. Lantas aku pun membunuhnya. Lalu Baginda memuji Allah kemudian Baginda memegang tanganku, Baginda pun bersabda: Wahai Abu Rafi’! Akan ada selepas kewafatanku satu kaum yang akan memerangi ‘Ali, menjadi hak kepada Allah untuk memerangi mereka. Oleh itu, sesiapa yang tidak mampu memerangi mereka dengan tangannya, maka hendaklah memerangi mereka dengan lidahnya dan sesiapa yang tidak mampu dengan lidahnya maka hendaklah dengan jantung hatinya. Tidak ada sesuatu pun (wasilah lain) selepas itu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4910].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.