TEKS BAHASA ARAB
دخلت الجنة فوجدت أكثر أهلها أهل اليمن، ووجدت أكثر أهل اليمن مذحج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku masuk ke syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah orang Yaman. Aku juga dapati kebanyakan orang Yaman itu dari bani Mazhij.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis nombor 9264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: دخلت الجنة فوجدت أكثر أهلها أهل اليمن، ووجدتُ أكثر أهل اليمن مذحج. [خط، فر، الرافعي، (الضعيفة) (3593)].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Aku masuk ke syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah orang Yaman. Aku juga dapati kebanyakan orang Yaman itu dari bani Mazhij." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.3593]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.