Aku masuk ke dalam syurga, lalu aku mendengar bunyi sepatu di hadapanku

TEKS BAHASA ARAB

دخلت الجنة، فسمعت فيها خشفة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال، قال: فمضيت، فإذا أكثر أهل الجنة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحدا أقل من الأغنياء والنساء، قيل لي: أما الأغنياء فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون، وأما النساء فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير، قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة، فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا، فرجح عمر رضي الله عنه، وعرضت أمتي رجلا رجلا، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن؟ فقال: بأبي وأمي يا رسول الله، والذي بعثك بالحق، ما خلصت إليك حتى ظننت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي أحاسب وأمحص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku masuk ke dalam syurga, lalu aku mendengar bunyi sepatu di hadapanku. Aku berkata: Bunyi apakah itu? Dia menjawab: Itu adalah Bilal. Baginda bersabda: Lantas aku berlalu. Kebanyakan ahli syurga adalah orang yang fakir dari kalangan Muhajirin dan juga zuriat orang Islam. Aku tidak melihat kurangnya jumlah mereka berbanding orang yang kaya dan juga wanita. Dikatakan kepadaku: Adapun orang kaya, mereka berada di pintu ini. Dihisab dan disoal selidik. Adapun wanita, dua benda merah menjadikan mereka leka iaitu sutera dan emas. Baginda bersabda: Kemudian kami keluar melalui salah satu daripada lapan pintu syurga. Apabila aku berada di hadapan pintu, aku diberikan timbangan. Lalu aku diletakkan di timbangan tersebut. Begitu juga dengan umatku. Lalu timbanganku lebih berat. Kemudian didatangkan Abu Bakar. Beliau diletakkan di timbangan tersebut. Kemudian didatangkan keseluruhan umatku di timbangan tersebut. Lantas timbangan Abu Bakar lebih berat. Didatangkan pula Umar dan beliau diletakkan di timbangan tersebut. Kemudian diletakkan pula keseluruhan umat saya di timbangan tersebut. Lantas timbangan Umar lebih berat berbanding mereka. Umatku dipersembahkan satu persatu. Mereka pun mula melintas. Lalu aku menahan Abdurrahman Bin ‘Auf. Beliau kemudiannya datang selepas hampir putus asa. Aku berkata: Wahai Abdurrahman. Beliau berkata: Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Demi Allah yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, aku hampir tidak dapat datang kepada kamu sehingga aku menyangka bahawa aku tidak akan melihat kamu selama-lamanya melainkan selepas beruban. Aku bertanya: Mengapa terjadi perkara yang sebegitu rupa? Abdurrahman menjawab: Kerana banyaknya hartaku. Aku dihisab dan disoal siasat.

STATUS

Terlalu Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1894, hadis nombor 9528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ ‌دخلت ‌الجنة؛ ‌فسمعت ‌فيها ‌خشفة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجنة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحداً أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلاً رجلاً، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظننت أني لا أنظر إليك أبداً إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص.
[حم، ((الضعيفة)) (5346)]

(Terlalu Munkar)
Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku masuk ke dalam syurga, lalu aku mendengar bunyi di hadapanku. Aku berkata: Bunyi apakah itu? Dia menjawab: Itu adalah Bilal. Baginda bersabda: Lantas aku berlalu. Kebanyakan ahli syurga adalah orang yang fakir dari kalangan Muhajirin dan juga zuriat orang Islam. Aku tidak melihat kurangnya jumlah mereka berbanding orang yang kaya dan juga wanita. Dikatakan kepadaku: Adapun orang kaya, mereka berada di pintu ini. Dihisab dan disoal selidik. Adapun wanita, dua benda merah menjadikan mereka leka iaitu sutera dan emas. Baginda bersabda: Kemudian kami keluar melalui salah satu daripada lapan pintu syurga. Apabila aku berada di hadapan pintu, aku diberikan timbangan. Lalu aku diletakkan di timbangan tersebut. Begitu juga dengan umatku. Lalu timbanganku lebih berat. Kemudian didatangkan Abu Bakar. Beliau diletakkan di timbangan tersebut. Kemudian didatangkan keseluruhan umatku di timbangan tersebut. Lantas timbangan Abu Bakar lebih berat. Didatangkan pula Umar dan beliau diletakkan di timbangan tersebut. Kemudian diletakkan pula keseluruhan umatku di timbangan tersebut. Lantas timbangan Umar lebih berat berbanding mereka. Umatku dipersembahkan satu persatu. Mereka pun mula melintas. Lalu aku menahan Abdurrahman Bin ‘Auf. Beliau kemudiannya datang selepas hampir putus asa. Aku berkata: Wahai Abdurrahman. Beliau berkata: Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Demi Allah yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, aku hampir tidak dapat datang kepada kamu sehingga aku menyangka bahawa aku tidak akan melihat kamu selama-lamanya melainkan selepas beruban. Aku bertanya: Mengapa terjadi perkara yang sebegitu rupa? Abdurrahman menjawab: Kerana banyaknya hartaku. Aku dihisab dan disoal siasat.”
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs