Aku masuk bersama ‘Abdullah ke dalam masjid pada suatu hari, dan pada ketika itu orang ramai sedang rukuk

TEKS BAHASA ARAB

دخلت مع عبد الله يوما المسجد، فإذا القوم ركوع، فمر رجل، فسلم عليه، فقال: صدق الله ورسوله، صدق الله ورسوله، فسألته عن ذلك، فقال: إنه لا تقوم الساعة حتى تتخذ المساجد طرقا، وحتى يسلم الرجل على الرجل بالمعرفة، وحتى تتجر المرأة وزوجها، وحتى تغلو الخيل والنساء، ثم ترخص فلا تغلو إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku masuk bersama ‘Abdullah ke dalam masjid pada suatu hari, dan pada ketika itu orang ramai sedang rukuk. Kemudian seorang lelaki melalui mereka, dan memberi salam kepadanya. Kemudian Abdullah berkata: Benarlah Allah dan Rasul-Nya, benarlah Allah dan Rasul-Nya. Lalu aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Beliau berkata: Sesungguhnya tidak datang kiamat sehinggalah dijadikan masjid seperti jalan-jalan, sehingga seorang lelaki itu memberi salam kepada lelaki yang lain kerana dia mengenalinya, juga sehingga seorang perempuan dan suaminya saling berjual beli. (Begitu juga tidak akan berlaku kiamat) sehingga harga kuda dan (mahar) orang perempuan menjadi mahal. Kemudian menjadi murah semula dan tidak akan mahal sehingga hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 252, hadis nombor 1311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خارجة بن الصلت،قال: دخلت مع عبدالله يوما المسجد، فإذا القوم ركوع، فمر رجل، فسلم عليه، فقال: صدق الله ورسوله، صدق الله ورسوله، فسألته عن ذلك، فقال: ((إنه لا تقوم الساعة حتى تتخذ المساجد طرقا، وحتى يسلم الرجل على الرجل بالمعرفة، وحتى تتجر المرأة وزوجها، وحتى تعلو الخيل والنساء، ثم ترخص فلا تغلو إلى يوم القيامة)). [ك، ((الضعيفة)) (1531)]

(Lemah)
Daripada Kharijah bin al-Salt beliau berkata: Aku masuk bersama ‘Abdullah ke dalam masjid pada suatu hari, dan pada ketika itu orang ramai sedang rukuk. Kemudian seorang lelaki melalui mereka, dan memberi salam kepadanya. Kemudian Abdullah berkata: Benarlah Allah dan Rasul-Nya, benarlah Allah dan Rasul-Nya. Lalu aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Beliau berkata: Sesungguhnya tidak datang kiamat sehinggalah dijadikan masjid seperti jalan-jalan, sehingga seorang lelaki itu memberi salam kepada lelaki yang lain kerana dia mengenalinya, juga sehingga seorang perempuan dan suaminya saling berjual beli. (Begitu juga tidak akan berlaku kiamat) sehingga harga kuda dan (mahar) orang perempuan menjadi mahal. Kemudian menjadi murah semula dan tidak akan mahal sehingga hari kiamat.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1531]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs