Aku masuk berjumpa dengan Ruqayyah puteri Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

أكرميه، فإنه من أشبه أصحابي بي خلقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dia ialah sahabat yang paling mirip menyerupaiku dalam akhlak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 959, hadis nombor 4952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: دخلت على رقيّة بنت رسول الله ﷺ – امرأة عثمان بن عفان – وفي يدها مشط فقالت: خرج من عندي رسول الله ﷺ آنفا رجلت رأسه، فقال: كيف تجدين أبا عبدالله؟ قلت: كخير الرجال. قال: أكرميه، فإنه من أشبه أصحابي بي خلقا.
[ك، عبدالله بن أحمد في ((الفضائل))، طب، ((الضعيفة)) (6364)].

[Lemah] Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: Aku masuk berjumpa dengan Ruqayyah puteri Rasulullah SAW, isteri kepada ‘Uthman bin Affan RA – dan di tangannya terdapat sikat rambut – lantas beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar dariku sebentar tadi setelah aku menyikat rambutnya lalu baginda bersabda: Bagaimanakah kamu melihat Abu Abdillah (‘Uthman)? Lalu aku menjawab: Seperti sebaik-baik manusia. Lalu baginda SAW bersabda: Muliakanlah dia (‘Uthman). Sesungguhnya dia ialah sahabat yang paling mirip menyerupaiku dalam akhlak.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abdullah bin Imam Ahmad dalam al-Fadhail dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6364].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs