Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْرِمِيهِ؛ فإنَّهُ من أشبهِ أصحابي بي خُلُقًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dia ialah sahabat yang paling mirip menyerupaiku dalam akhlak.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 959, hadis no. 4952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: دخلت على رقيّة بنت رسول الله ﷺ - امرأة عثمان بن عفان – وفي يدها مشط فقالت: خرج من عندي رسول الله ﷺ آنفا رجلت رأسه، فقال: كيف تجدين أبا عبدالله؟ قلت: كخير الرجال. قال: أكرميه، فإنه من أشبه أصحابي بي خلقا. [ك، عبدالله بن أحمد في الفضائل، طب، الضعيفة (6364)].
[Lemah] Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: Aku masuk berjumpa dengan Ruqayyah puteri Rasulullah SAW, isteri kepada ‘Uthman bin Affan RA – dan di tangannya terdapat sikat rambut – lantas beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar dariku sebentar tadi setelah aku menyikat rambutnya lalu baginda bersabda: Bagaimanakah kamu melihat Abu Abdillah (‘Uthman)? Lalu aku menjawab: Seperti sebaik-baik manusia. Lalu baginda SAW bersabda: Muliakanlah dia (‘Uthman). Sesungguhnya dia ialah sahabat yang paling mirip menyerupaiku dalam akhlak. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abdullah bin Imam Ahmad dalam al-Fadhail dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6364].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman