Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا توضَّأتُ وأَنا جنُبٌ أَكَلتُ وشَرِبْتُ، ولا أصلِّي ولا أقرأُ حتَّى أغتسلَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila aku telah berwuduk ketika aku sedang berjunub, aku makan dan minum tetapi aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Qur'an) hinggalah aku mandi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Malik al-Ghafiqi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1247 - 1248, hadis no. 6366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin Malik al-Ghafiqi RA, bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada 'Umar bin al-Khattab: Apabila aku telah berwuduk ketika aku sedang berjunub, aku makan dan minum tetapi aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Qur'an) hinggalah aku mandi. [Riwayat Abu 'Ubaid dalam Fadail al-Qur'an, al-Daraqutni, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2501]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman