Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَا أَوْلَى مَنْ وَفَّى بِذِمَّتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku lebih utama untuk menunaikan hak perlindungannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis no. 3898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن عبدالرحمن بن البيلاني أن النبي ﷺ أتي برجل من المسلمين قد قتل معاهداً من أهل الذمة، فأمر به، فضرب عنقه، وقال: ((أنا أولى من وفى بذمته)). [ش، عب، قط، أبو داود في ((المراسيل))، الطحاوي، هق، ((الضعيفة)) (460)].
(Munkar) Daripada Abd al-Rahman bin al-Bailamani bahawa seorang lelaki muslim yang telah membunuh seorang muahid (lelaki yang ada perjanjian damai) dalam golongan ahli zimmah (orang bukan Islam yang dijamin perlindungan di negara Islam) telah dibawa menghadap Nabi SAW, lalu dia diarahkan datang dan dipenggal lehernya, kemudian baginda bersabda: ((Aku lebih utama untuk menunaikan hak perlindungannya)). [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya, Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya, al-Daraqutni dalam Sunannya, Abu Daud dalam al-Marasil, al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 460]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman