Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ النَّاسَ يَجْلِسُونَ مِنَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى قَدْرِ رَوَاحِهِمْ إِلَى الْجُمُعَاتِ الأَوَّلَ وَالثَّانِيَ وَالثَّالِثَ ثُمَّ قَالَ رَابِعُ أَرْبَعَةٍ وَمَا رَابِعُ أَرْبَعَةٍ بِبَعِيدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya manusia akan duduk pada hari kiamat dan jarak mereka dengan Allah adalah mengikut kadar kehadiran mereka ke solat Jumaat. Yang pertama, yang kedua, yang ketiga, kemudian yang keempat. Tidaklah yang keempat dari kalangan empat orang itu jauh kedudukannya (dari Allah).
Sahabat Perawi
- ‘Alqamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 267, hadis no. 1390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علقمة، قال: رحت مع عبد الله بن مسعود يوم الجمعة ووجد ثلاثة قد سبقوه فقال: رابع أربعة وما رابع أربعة من الله ببعيد، إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الناس يجلسون من الله يوم القيامة على قدر رواحهم إلى الجمعات الأول والثاني والثالث ثم قال رابع أربعة وما رابع أربعة ببعيد)). [ه، ابن أبي عاصم في ((السنة))، طب، ابو سهل القطان في ((فوائد المنتقاة))، ابن أبي حاتم عن أبيه، ((الضعيفة)) (2810)]
(Daif) Daripada ‘Alqamah beliau berkata: Aku keluar bersama dengan Abdullah Ibn Mas’ud pada hari Jumaat (untuk menuju ke masjid), dan beliau mendapati bahawa tiga orang lelaki telah mendahului beliau (dalam kehadiran ke masjid). Lalu beliau berkata: Aku merupakan orang yang keempat dari kalangan empat orang, tidaklah orang yang keempat itu jauh (dari Allah). Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia akan duduk pada hari kiamat dan jarak mereka dengan Allah adalah mengikut kadar kehadiran mereka ke solat Jumaat. Yang pertama, yang kedua, yang ketiga, kemudian yang keempat. Tidaklah yang keempat dari kalangan empat orang itu jauh kedudukannya (dari Allah). [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Sahl al-Qattan dalam al-Fawa’id al-Muntaqah dan Ibn Abi Hatim daripada bapanya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2810]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman