Aku juga diutuskan sebagai pengajar

TEKS BAHASA ARAB

كلاهما على خير، وأحدهما أفضل من صاحبه، أما هؤلاء فيدعون الله ويرغبون إليه، فإن شاء أعطاهم وإن شاء منعهم، وأما هؤلاء فيتعلمون الفقه والعلم، ويعلمون الجاهل، فهم أفضل، وإنما بعثت معلما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kedua-duanya di atas kebaikan. Salah satunya lebih baik berbanding temannya. Adapun mereka itu sedang berdoa kepada Allah dan mereka sangat menginginkan, jika Allah mahu Allah berikan kepada mereka dan jika Allah mahu Allah boleh tidak memberikan kepada mereka. Adapun mereka satu lagi pula sedang mempelajari fiqh dan ilmu, mereka mengajarkan kepada yang jahil, maka merekalah yang lebih baik. Aku juga diutuskan sebagai pengajar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229 – 1230, hadis nombor 6258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بمجلسين في مسجده، فقال: كلاهما على خير، وأحدهما أفضل من صاحبه، أما هؤلاء فيدعون الله ويرغبون إليه، فإن شاء أعطاهم وإن شاء منعهم، وأما هؤلاء فيتعلمون الفقه والعلم ويعلمون الجاهل فهم أفضل وإنما بعثت معلما.
[مي، ابن وهب، ابن المبارك، الحارث، الطيالسي، ((الضعيفة)) (11)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW melintasi dua majlis di masjid baginda, lalu Baginda bersabda: Kedua-duanya di atas kebaikan. Salah satunya lebih baik berbanding temannya. Adapun mereka itu sedang berdoa kepada Allah dan mereka sangat menginginkan, jika Allah mahu Allah berikan kepada mereka dan jika Allah mahu Allah boleh tidak memberikan kepada mereka. Adapun mereka satu lagi pula sedang mempelajari fiqh dan ilmu, mereka mengajarkan kepada yang jahil, maka merekalah yang lebih baik. Aku juga diutuskan sebagai pengajar.
[Riwayat al-Darimi, Ibn Wahb, Ibn al-Mubarak, al-Harith, al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 11].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.