Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كِلَاهُمَا على خيرٍ، وأَحَدُهُما أَفْضَلُ من صاحِبِهِ؛ أَمَّا هؤلاءِ فيَدْعُونَ اللهَ ويَرْغَبُونَ إليه، فإن شاء أعطاهم وإن شاء منعهم، وأَمَّا هؤلاءِ فيَتَعَلَّمُونَ الفِقْهَ والعِلْمَ، ويُعَلِّمُونَ الجاهلَ، فهم أَفْضَلُ، وإنما بُعِثْتُ مُعَلِّمًا.
Teks Bahasa Melayu
Kedua-duanya di atas kebaikan. Salah satunya lebih baik berbanding temannya. Adapun mereka itu sedang berdoa kepada Allah dan mereka sangat menginginkan, jika Allah mahu Allah berikan kepada mereka dan jika Allah mahu Allah boleh tidak memberikan kepada mereka. Adapun mereka satu lagi pula sedang mempelajari fiqh dan ilmu, mereka mengajarkan kepada yang jahil, maka merekalah yang lebih baik. Aku juga diutuskan sebagai pengajar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229 - 1230, hadis no. 6258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بمجلسين في مسجده، فقال: كلاهما على خير، وأحدهما أفضل من صاحبه، أما هؤلاء فيدعون الله ويرغبون إليه، فإن شاء أعطاهم وإن شاء منعهم، وأما هؤلاء فيتعلمون الفقه والعلم ويعلمون الجاهل فهم أفضل وإنما بعثت معلما. [مي، ابن وهب، ابن المبارك، الحارث، الطيالسي، ((الضعيفة)) (11)].
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA bahawa Rasulullah SAW melintasi dua majlis di masjid baginda, lalu Baginda bersabda: Kedua-duanya di atas kebaikan. Salah satunya lebih baik berbanding temannya. Adapun mereka itu sedang berdoa kepada Allah dan mereka sangat menginginkan, jika Allah mahu Allah berikan kepada mereka dan jika Allah mahu Allah boleh tidak memberikan kepada mereka. Adapun mereka satu lagi pula sedang mempelajari fiqh dan ilmu, mereka mengajarkan kepada yang jahil, maka merekalah yang lebih baik. Aku juga diutuskan sebagai pengajar. [Riwayat al-Darimi, Ibn Wahb, Ibn al-Mubarak, al-Harith, al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 11].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman