Aku ini daripada kalangan bangsa ‘Arab dan bangsa ‘Arab pula bukan daripada kalangan aku

TEKS BAHASA ARAB

أنا من العرب، وليس الأعراب مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ini daripada kalangan bangsa Arab. Manakala orang-orang Badwi pula bukan daripada kalangan aku.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 121, hadis nombor 151. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: ليس هذا من كلام النبي صلى الله عليه وسلم.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Sesungguhnya ini bukanlah ucapan daripada baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs