Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku ingin memberikan keampunan kepada kamu, terhadap kesalahan yang telah kamu lakukan

Teks Bahasa Arab

يقولُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ للعُلَماءِ يومَ القيامَةِ إذا قعدَ علَى كُرسيِّهِ لقضاءِ عبادِهِ: إنِّي لم أجعَلْ عِلمي وحُكْمي فيكُم إلَّا وأَنا أريدُ أن أغفِرَ لَكُم، علَى ما كانَ فيكم، ولا أُبالي.

Teks Bahasa Melayu

Allah 'azza wajalla akan berfirman kepada para ulama pada hari Kiamat apabila Dia telah duduk atas kerusiNya untuk memutuskan para hambaNya: Sesungguhnya tidaklah aku berikan ilmuKu dan kebijaksanaanKu kepada kamu melainkan kerana Aku ingin memberikan keampunan kepada kamu, terhadap kesalahan yang telah kamu lakukan, Aku tidak mempedulikannya.

Sahabat Perawi

  1. Tha'labah bin al-Hakam RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis no. 6306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن ثعلبة بن الحكم رضي الله عنه مرفوعا: يقول الله عز وجل للعلماء يوم القيامة إذا قعد على كرسيه لقضاء عباده: إني لم أجعل علمي وحكمي فيكم إلا وأنا أريد أن أغفر لكم، على ما كان فيكم ولا أبالي. [طب، ابو الحسين الهربي في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (867)]

(Palsu dengan lafaz lengkap ini) Daripzda Tha'labah bin al-Hakam RA secara marfu': Allah 'azza wajalla akan berfirman kepada para ulama pada hari Kiamat apabila Dia telah duduk atas kerusiNya untuk memutuskan para hambaNya: Sesungguhnya tidaklah aku berikan ilmuKu dan kebijaksanaanKu kepada kamu melainkan kerana Aku ingin memberikan keampunan kepada kamu, terhadap kesalahan yang telah kamu lakukan, Aku tidak mempedulikannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu al-Husain al-Harabiy dalam Juz Min Hadithihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 867]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.