Aku ialah pohon dan Fāṭimah merupakan akar atau rantingnya

TEKS BAHASA ARAB

أنا شجرة وفاطمة أصلها أو فرعها وعلي لقاحها والحسن والحسين ثمرتها وشيعتنا ورقها فالشجرة أصلها في جنة عدن والأصل والفرع واللقاح والورق والثمر في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ialah pohon dan Fāṭimah merupakan akar atau rantingnya. Manakala Alī ialah penyuburnya dan al-Ḥasan serta al-Ḥusayn merupakan buahnya serta pengikut kami merupakan daunnya. Maka pohon itu akarnya berada di syurga ‘Adn, sedangkan akar, ranting, penyubur, dedaun dan buah itu berada di syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 534, hadis nombor 2825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن عوف – رضي الله عنه – أنه قال: ألا تسألوني قبل أن تشاب الأحاديث بالأباطيل: قال: قال رسول الله ﷺ: «أنا شجرة، وفاطمة أصلها أو فرعها، وعلي لقاحها، والحسن والحسين ثمرتها، وشيعتنا ورقها، فالشجرة أصلها في جنة عدن، والأصل والفرع، واللقاح والورق والثمر في الجنة». [عد، ابن عساکر، ابن الجوزي، «الضعيفة» (6286)].

(Palsu) Daripada ‘Abd al-Raḥman bin ‘Awf RA, sesungguhnya beliau berkata: “Tidak mahukah kalian bertanya kepadaku sebelum hadis-hadis kelak bercampur dengan kebatilan-kebatilan?” Kemudian beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku ialah pohon dan Fāṭimah merupakan akar atau rantingnya. Manakala Alī ialah penyuburnya dan al-Ḥasan serta al-Ḥusayn merupakan buahnya serta pengikut kami merupakan daunnya. Maka pohon itu akarnya berada di syurga ‘Adn, sedangkan akar, ranting, penyubur, dedaun dan buah itu berada di syurga”. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Du‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍu‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6286].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs