Aku ialah penghulu anak Adam dan bukan suatu kebanggaan

TEKS BAHASA ARAB

أنا سيد ولد آدم ولا فخر، وأبوك – يعني: أبا بكر – سيد كهول العرب، وعلي سيد شباب العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ialah penghulu anak Adam dan bukan suatu kebanggaan. Bapa kamu iaitu Abu Bakar ialah penghulu orang dewasa dalam kalangan Arab dan Ali adalah penghulu pemuda Arab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1903 hadis nombor 9562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن أبي خالد، قال: يقول: نظرت عائشة إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقالت: يا سيد العرب! فقال لها رسول الله – صلى الله عليه وسلم: أنا سيّد ولد آدم ولا فخز، وأبوك – يعني: أبا بكر – سيّد كهول العرب، وعلي سيد شباب العرب.
[القطيعي في ((زوائده على فضائل الصحابة لأحمد))، ((الضعيفة)) (5679)]

(Terlalu lemah)
Daripada Ibn Abu Khalid, beliau berkata: Aisyah memandang Nabi SAW lalu beliau berkata: Wahai penghulu kaum arab. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Aku ialah penghulu anak Adam dan bukan suatu kebanggaan. Bapa kamu iaitu Abu Bakar ialah penghulu orang dewasa dalam kalangan Arab dan Ali adalah penghulu pemuda Arab.
[Riwayat al-Qati’i dalam Zawaidnya kepada Fadhail al-Sahabah oleh Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5679]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs