Aku ialah orang pertama yang akan membuka pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

أنا ‌أول ‌من ‌يفتح ‌باب الجنة؛ إلا أني تأتي امرأة تبادرني، فأقول لها: ما لك، ومن أنت؟! فتقول: أنا امرأة قعدت على أيتام لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ialah orang pertama yang akan membuka pintu syurga, sehingga aku menjumpai seorang wanita yang mendahuluiku, lalu aku berkata kepadanya: Ada apa denganmu, dan siapa kamu?! Dia berkata: Aku ialah seorang wanita yang menjaga anak-anak yatim bersamaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 672, hadis nombor 3464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنا ‌أول ‌من ‌يفتح ‌باب الجنة؛ إلا أني تأتي امرأة تبادرني، فأقول لها: ما لك، ومن أنت؟! فتقول: أنا امرأة قعدت على أيتام لي)). [ع، ((الضعيفة)) (5374)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku ialah orang pertama yang akan membuka pintu syurga, sehingga aku menjumpai seorang wanita yang mendahuluiku, lalu aku berkata kepadanya: Ada apa denganmu, dan siapa kamu?! Dia berkata: Aku ialah seorang wanita yang menjaga anak-anak yatim bersamaku. [Riwayat Abū Ya’lā dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5374]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs