Aku ialah kota ilmu dan Ali ialah pintunya

TEKS BAHASA ARAB

أنا مدينة العلم، وعلي بابها، فمن أراد العلم فليأته من بابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ialah kota ilmu, dan ‘Alī ialah pintunya. Barangsiapa yang mahukan ilmu, datanglah melalui pintunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis nombor 9167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أنا مدينة العلم، وعلي بابها، فمن أراد العلم فليأته من بابه)). [الطبري في ((تهذيب الآثار))، طب، ك، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2955)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku ialah kota ilmu, dan ‘Alī ialah pintunya. Barangsiapa yang mahukan ilmu, datanglah melalui pintunya. [Riwayat Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam Tahdhīb al-Āthār, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2955]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs