Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا مدينةُ العلمِ، وعليُّ بابُها، فمنْ أرادَ العلمَ فليأتهِ منْ بابهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku ialah kota ilmu, dan ‘Alī ialah pintunya. Barangsiapa yang mahukan ilmu, datanglah melalui pintunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis no. 9167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أنا مدينة العلم، وعلي بابها، فمن أراد العلم فليأته من بابه)). [الطبري في ((تهذيب الآثار))، طب، ك، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2955)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku ialah kota ilmu, dan ‘Alī ialah pintunya. Barangsiapa yang mahukan ilmu, datanglah melalui pintunya. [Riwayat Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam Tahdhīb al-Āthār, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2955]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman