Aku ialah hamba Allah dan saudara Rasulullah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنا عبد الله، وأخو رسول الله، وأنا الصديق الأكبر، لا يقولها بعدي إلا كاذب، آمنت قبل الناس سبع سنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ialah hamba Allah dan saudara Rasulullah. Aku ialah sahabat yang paling agung, tiada siapa selepasku akan mengatakannya kecuali dia ialah pendusta. Aku telah beriman tujuh tahun lebih awal sebelum orang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1860, hadis nombor 9387. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه -، قال: ((أنا عبد الله، وأخو رسول الله، وأنا الصديق الأكبر، لا يقولها بعدي إلا كاذب، آمنت قبل الناس سبع سنين)). [ن في ((الخصائص))، ك، ((الضعيفة)) (4947)]

(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: “Aku ialah hamba Allah dan saudara Rasulullah. Aku ialah sahabat yang paling agung, tiada siapa selepasku akan mengatakannya kecuali dia ialah pendusta. Aku telah beriman 7 tahun lebih awal sebelum orang lain.” [Riwayat Nasa’i dalam al-Khasais dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4947]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.