Aku ialah Allah, tiada Tuhan selain Aku ialah perkataanKu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يقول الله: أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ialah Allah, tiada Tuhan selain Aku ialah perkataanKu. Sesiapa yang menyebutnya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga-Ku. Sesiapa yang telah Aku masukkan ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran ialah kalam-Ku, dan dari-Ku ia keluar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 692, hadis nombor 3556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- عن النبي صلى الله عليه وسلم عن جبريل عن الله -تعالى- قال: ((أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج)). [خط، ((الضعيفة)) (٦٢٢١)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA daripada Nabi SAW daripada Jibrail daripada Allah Taala berfirman: Aku ialah Allah, tiada Tuhan selain Aku ialah perkataanKu. Sesiapa yang menyebutnya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga-Ku. Sesiapa yang telah Aku masukkan ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran ialah kalam-Ku, dan dari-Ku ia keluar. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6221]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.