Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يقولُ اللَّه: أنا اللَّهُ لا إلَه إلا أنَا كلِمتي، من قالَها؛ أدخلتُه جنَّتي، ومن أدخلتُه جنَّتي؛ فقد أمِنَ، والقرآنُ كلامي، ومنِّي خرَج.
Teks Bahasa Melayu
Aku ialah Allah, tiada Tuhan selain Aku ialah perkataanKu. Sesiapa yang menyebutnya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga-Ku. Sesiapa yang telah Aku masukkan ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran ialah kalam-Ku, dan dari-Ku ia keluar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 692, hadis no. 3556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- عن النبي صلى الله عليه وسلم عن جبريل عن الله -تعالى- قال: ((أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج)). [خط، ((الضعيفة)) (٦٢٢١)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA daripada Nabi SAW daripada Jibrail daripada Allah Taala berfirman: Aku ialah Allah, tiada Tuhan selain Aku ialah perkataanKu. Sesiapa yang menyebutnya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga-Ku. Sesiapa yang telah Aku masukkan ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran ialah kalam-Ku, dan dari-Ku ia keluar. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6221]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman