Aku hampir dibunuh kerana kambing biri-biri jantan dan betina yang dikhususkan untuk zakat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كدت أقتل بعدك في عناق أو شاة من الصدقة. فقال: لولا أنها تعطى المهاجرين ما أخذتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku hampir dibunuh kerana kambing biri-biri jantan dan betina yang dikhususkan untuk zakat. Lalu Nabi SAW bersabda: Jika tidak kerana ia diberikan kepada orang fakir dari kalangan Muhajirin, sudah pasti aku tidak akan mengambilnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 896, hadis nombor 4595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن هلال الثقفي، قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: كدت أقتل بعدك في عناق أو شاة من الصدقة. فقال: لولا أنها تعطى المهاجرين ما أخذتها. [ن, ألضعيفة (5715)]

(Lemah) Daripada Abdullah Bin Hilal Al-Thaqafi berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Aku hampir dibunuh kerana kambing biri-biri jantan dan betina yang dikhususkan untuk zakat. Lalu Nabi SAW bersabda: Jika tidak kerana ia diberikan kepada orang fakir dari kalangan Muhajirin, sudah pasti aku tidak akan mengambilnya. [Al-Nasai di dalam Sunan Al-Nasai. Al-Dha’ifah no 5715].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.