TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنا وفاطمة وعلي في حظيرة القدس، في قبة بيضاء سقفها عرش الرحمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Aku, Fatimah, dan Ali berada di laman Al-Quds, pada kubah putih dan atapnya adalah Arasy Maha Pengasih.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 388-389, hadis nombor 109. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع. وقد رواه الطبراني.
Ia adalah palsu. Ia diriwayatkan oleh al-Tabarani.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.