Aku duduk bersama Abu Bakar dan dia berkata

TEKS BAHASA ARAB

كنت جالساً عند أبي بكر، فقال: من كانت له عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عدة فليقم. فقام رجل فقال: يا خليفة رسول الله! إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعدني بثلاث حثيات من تمر. قال: فقال: أرسلوا إلى علي؛ فقال: يا أبا الحسن! إن هذا يزعم أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعده أن يحثي له ثلاث حثيات من تمر، فاحثها له. قال: فحثاها. فقال أبو بكر: عدوها. فعدوها، فوجدوها في كل حثية ستين تمرة، لا تزيد واحدة على الأخرى. قال: فقال أبو بكر الصديق: صدق الله ورسوله! قال لي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ليلة الهجرة ونحن خارجان من الغار نريد المدينة : ((كفي وكف علي في العدل سواء)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku duduk bersama Abu Bakar dan dia berkata: “Sesiapa yang pernah Rasulullah janjikan apa-apa perkara, maka bangunlah.” Maka bangun seorang lelaki dan dia berkata: “Wahai khalifah Rasulullah, baginda berjanji kepadaku untuk memberi tiga cedokan buah tamar. Habsyi menceritakan bahawa Abu Bakar mengatakan: “Sampaikanlah (berita ini) kepada ‘Ali.” Maka petugas itu pun berkata kepada ‘Ali: “Wahai Abu al-Hasan, dia ini telah mengatakan bahawa Rasulullah berjanji kepadanya untuk memberi tiga cedokan buah tamar, maka cedokkanlah untuknya.” Habsyi menceritakan: “Maka ‘Ali pun memberikan tiga cedokan buah tamar itu.” Abu Bakar berkata: “Hitunglah tiga cedokan itu.” ‘Ali pun menghitungnya dan dia mendapati bahawa setiap cedokan itu mempunyai 60 biji tamar. Tidak terlebih walaupun satu bagi setiap cedokan. Habsyi bercerita lagi: Maka Abu Bakar al-Siddiq pun berkata: “Allah dan rasul-Nya benar. Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku sewaktu malam hijrah, ketika kami sedang keluar dari gua menuju ke Madinah: “Tanganku dan tangan ‘Ali pada timbangan adalah sama.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1871, hadis nombor 9431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حبشي بن جنادة -رضي الله عنه -، قال: كنت جالساً عند أبي بكر، فقال: من كانت له عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عدة فليقم. فقام رجل فقال: يا خليفة رسول الله! إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعدني بثلاث حثيات من تمر. قال: فقال: أرسلوا إلى علي؛ فقال: يا أبا الحسن! إن هذا يزعم أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعده أن يحثي له ثلاث حثيات من تمر، فاحثها له. قال: فحثاها. فقال أبو بكر: عدوها. فعدوها، فوجدوها في كل حثية ستين تمرة، لا تزيد واحدة على الأخرى. قال: فقال أبو بكر الصديق: صدق الله ورسوله! قال لي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ليلة الهجرة ونحن خارجان من الغار نريد المدينة : ((كفي وكف علي في العدل سواء)). [خط، إبن عساكر ((الضعيفة)) (4897)]

(Palsu) Daripada Habsyi bin Junadah RA, katanya: Aku duduk bersama Abu Bakar dan dia berkata: “Sesiapa yang pernah Rasulullah janjikan apa-apa perkara, maka bangunlah.” Maka bangun seorang lelaki dan dia berkata: “Wahai khalifah Rasulullah, baginda berjanji kepadaku untuk memberi tiga cedokan buah tamar. Habsyi menceritakan bahawa Abu Bakar mengatakan: “Sampaikanlah (berita ini) kepada ‘Ali.” Maka petugas itu pun berkata kepada ‘Ali: “Wahai Abu al-Hasan, dia ini telah mengatakan bahawa Rasulullah berjanji kepadanya untuk memberi tiga cedokan buah tamar, maka cedokkanlah untuknya.” Habsyi menceritakan: “Maka ‘Ali pun memberikan tiga cedokan buah tamar itu.” Abu Bakar berkata: “Hitunglah tiga cedokan itu.” ‘Ali pun menghitungnya dan dia mendapati bahawa setiap cedokan itu mempunyai 60 biji tamar. Tidak terlebih walaupun satu bagi setiap cedokan. Habsyi bercerita lagi: Maka Abu Bakar al-Siddiq pun berkata: “Allah dan rasul-Nya benar. Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku sewaktu malam hijrah, ketika kami sedang keluar dari gua menuju ke Madinah: “Tanganku dan tangan ‘Ali pada timbangan adalah sama.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4879]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs