TEKS BAHASA ARAB
بعثت داعيا ومبلغا؛ وليس إلي من الهدى شيء، وخلق إبليس مزينا؛ وليس إليه من الضلالة شيء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku diutuskan sebagai pendakwah dan penyampai (risalah kenabian), dan tiadapun padaku apa-apa kaitan dengan pemberian hidayah, dan diciptakan iblis sebagai penggoda, dan tiadapun padanya apa-apa kaitan dengan (kudrat) penyesatan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1811, hadis nombor 9129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعاً: بعثت داعياً ومبلّغاً ؛ وليس إليّ من الهدى شيء، وخُلِقَ إبليس مزيّناً ؛ وليس إليه من الضلالة شيء. [الدولابي، عق، عد، أبو الشيخ في ((التاريخ))، المزكي في ((الفوائد))، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، اللالكائي، الجرجاني، ابن عساكر، فر، السلفي في ((المعجم السفر))، ((الضعيفة)) (2249)]
(Palsu) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata, Nabi SAW bersabda: Aku diutuskan sebagai pendakwah dan penyampai (risalah kenabian), dan tiadapun padaku apa-apa kaitan dengan pemberian hidayah, dan diciptakan iblis sebagai penggoda, dan tiadapun padanya apa-apa kaitan dengan (kudrat) penyesatan. [Al-Dulabi, al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu al-Syeikh dalam ((al-Tarikh)), al-Muzakki dalam ((al-Fawaid)), Abu Uthman al-Buhairi dalam ((al-Fawaid)), al-Lalikaie, al-Jurjani, Ibn ‘Asakir, Dailami dalam ((al-Firdaus)), al-Salafi dalam ((al-Mu’jam al-Safar)), ((Silsilah al-Dhaifah)) (2249)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.